Sejarah Penubuhan

sekolah_SRAI7_depan

Pendahuluan

Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 7, Jalan Plumbum Shah Alam ini telah mula beroperasi pada tanggal 3 Ogos 2009. Seramai 13 orang guru dan 159 orang murid dari Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 telah dipindahkan ke sekolah ini. Seorang guru dari SRAI Batu Belah merangkap GPK 1 dan seorang guru dari SRA Rantau Panjang merangkap GPK2. Jumlah guru di sekolah ini seramai 16 orang dan mempunyai seorang kakitangan (kerani) dari SRA Seksyen3 telah diarahkan bertugas di sini. Pada tarikh tersebut guru-guru baru telah diberikan taklimat, tugasan, RPP, jadual waktu, jadual kedatangan murid oleh Guru Besar SRA Integrasi Seksyen 7  dan beliau merupakan bekas GPK1 dari SRAI Seksyen 19 Shah Alam.

 

Matlamat

Tujuan penubuhan SRA Integrasi Seksyen 7 ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kepadatan murid dari SRA Integrasi Seksyen 19 Shah Alam. Jumlah murid di SRA Integrasi Seksyen 19 pada waktu tersebut seramai 1997 orang murid. Di samping itu juga permintaan yang tinggi daripada penduduk setempat supaya sebuah sekolah agama ditubuhkan dan kesedaran masyarakat tentang sekolah agama sejak kebelakangan ini semakin mendapat permintaan yang tinggi.

Pada 30 Julai 2009 selepas solat maghrib, bacaan yasin dan doa selamat telah disempurnakan oleh YB Dato` Khusrin Bin Hj. Munawi (Pengarah JAIS) bersama Unit Bahagian Pendidikan Islam JAIS di surau baru SRA Integrasi Seksyen 7. Selepas program tersebut Pengarah JAIS dan Unit Bahagian Pendidikan Islam JAIS telah dibawa melawat sekitar kawasan sekolah dengan diiringi oleh Guru Besar dan guru-guru SRA Integrasi Seksyen 7. 

Bermulanya Operasi

Tanggal 4 2009 Ogos bermulanya era persekolahan murid-murid di sekolah ini. Murid-murid dan ibu bapa telah berkumpul di dewan besar bagi mendengar taklimat dan pesanan daripada Guru Besar SRA Integrasi Seksyen 7. Tabung dana untuk SRA Integrasi Seksyen 7  juga telah dilancarkan ketika itu bagi menampung perbelanjaan dan pengurusan sekolah. Selepas taklimat ibu bapa, murid-murid dan guru SRA Integrasi Seksyen 7  dijemput ke surau untuk bacaan yasin dan doa selamat bagi tujuan keselamatan dan kamajuan SRA Integrasi Seksyen 7. Bacaan yasin dan doa selamat telah dilaksanakan oleh ibu bapa sendiri. Selesai upacara tersebut sesi pendaftaran murid-murid oleh ibu bapa dilakukan di dalam kelas bersama guru kelas masing-masing. 

 

Sistem Pembelajaran

Sistem pembelajaran di SRA Integrasi Seksyen 7  menggunakan sukatan KBSR daripada kementerian pendidikan Malaysia (KPM) untuk subjek akademik manakala bagi subjek agama menggunakan sukatan KSRA daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). SRA Integrasi Seksyen 7 mengambil dua peperiksaan utama iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Kedua-dua peperiksaan tersebut  mula diambil oleh murid-murid SRA Integrasi Seksyen 7  pada Tahun 2010. Di SRA Integrasi Seksyen 7  ini juga menggunakan sukatan Ko-kurikulum dari KPM dan JAIS iaitu dengan adanya unit beruniform, kelab dan persatuan, sukan, dan amal islami.

Sesi persekolahan murid-murid telah bermula jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang. Ibu bapa telah diberi pilihan samada mengambil pakej tuisyen yang disediakan oleh pihak sekolah bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Pakej tuisyen tersebut merangkumi kelas tahfiz, kelas iqra` tuisyen KBSR dan tuisyen KSRA.

Pada sesi awal persekolahan 2009 sebanyak 5 buah kelas sahaja yang telah beroperasi iaitu bermula Tahun 1 hingga Tahun 5 dan hanya sebuah kelas bagi setiap tahun. Bagi Tahun 1 jumlah murid seramai 38 orang, Tahun 2 seramai 38, Tahun 3 seramai 37, Tahun 4 seramai 23 orang dan Tahun 5 seramai 41 orang.

 

Fasiliti Sekolah

Keluasan SRA Integrasi Seksyen 7  seluas 10.328 ekar persegi dan mempunyai 3 blok bangunan. Frasarana yang disediakan di SRA Integrasi Seksyen 7 termasuklah kantin, surau, pondok pengawal, garaj basikal, tempat meletakkan kenderaan guru, dewan besar, bilik guru lelaki, bilik guru perempuan, dewan mesyuarat, pejabat, bilik cetak, makmal komputer, bilik SPBT, dataran perhimpunan, pusat sumber, bilik audio, bilik cetak, bilik peperiksaan, stor sukan, bilik rawatan, gelanggang badminton dan takraw, padang sekolah, tandas guru dan murid, dua buah makmal Sains dan dua buah bengkel Kemahiran Hidup dan PPSMI. 

 

Pengurusan Sekolah

Teraju kepimpinan awal SRA Integrasi Seksyen 7  merupakan Guru Besar PN Hjh Rusnah Bt Jamali, Guru Penolong Kanan 1,  Pn. Animasrah Bt Yahya. Manakala Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Pn Jamaliah Bt Hasan, dan Guru Ko-Kurikulum iaitu En. Mohd Hafiz B Mohd Noor. Dengan rasminya pada 30 November 2009, Encik Mohd Hafiz (GPK Kokurikulum) telah mencipta logo sekolah. Logo sekolah telah dipersetujui oleh GB SRAi7 dan JAIS. 

Pada 5.12.2009 AJK Penaja PIBG telah ditubuhkan PIBG. Manakala pada 22.1.2010 Mesyuarat Agung Penubuhan SRA Integrasi Seksyen 7 telah sempurnakan oleh Y. BHG. DATO` MAZALAN BIN MD. NOOR (Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam). YDP PIBG dan AJK telah dipilih melalui persepakatan ibu bapa dan guru pada hari tersebut. YDP PIBG iaitu Ustaz Ali Bin Mohammad merupakan YDP PIBG yang pertama. Beliau juga merupakan Timbalan Pengarah JAIS. PIBG sekolah ini ditubuhkan bagi membantu memajukan dan meningkatkan kecemerlangan sekolah ini.

Pada tahun 2010 bilangan murid di sekolah ini seramai 450 orang dan mempunyai seramai 32 orang guru. Terdapat juga beberapa orang kakitangan (kerani) di sekolah ini iaitu 2 orang kerani, 2 orang pembersih kawasan dan 2 orang pengawal keselamatan.